Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Klik sini untuk versi Bahasa Inggeris

Persatuan Industri Perubatan Malaysia (dirujuk sebagai “AMMI”)  menghormati dan komited untuk melindungi maklumat  peribadi dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan bagaimana AMMI dan pihak pengurusan Sekretariatnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, AMMI dan Medsociate Sdn Bhd (dirujuk secara kolektif sebagai AMMI ataupun “kami”) mengumpul, menyimpan dan mengendali maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia. Dengan memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Perlindungan Data Peribadi. Sila ambil perhatian bahawa kami boleh meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini  pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang pemindaan sebegitu melalui laman web atau e-mel.

(1) Maklumat Peribadi

1.1 Jenis maklumat peribadi

Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda yang dikumpul atau dibekalkan kepada AMMI bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen (2) di bawah. Maklumat peribadi anda boleh termasuk nama anda, butir-butir perhubungan, pekerjaan, maklumat  dalam format video dan/atau audio (termasuk suara, rakaman video, CCTV dan rakaman keselamatan), imej (termasuk gambar) dan penjejakan lokasi / maklumat GPS.

1.2 Sumber maklumat peribadi

(i) Ahli  atau bakal ahli / pelanggan atau bakal pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatanperkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan / atau aktiviti-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: AMMI mengumpul maklumat peribadi anda secara  langsung daripada anda semasa anda menyatakan minat anda untuk dihubungi bagi acaraacara sebegitu dan aktiviti-aktiviti pemasaran (termasuk pengumpulan kad perniagaan melalui  kaedah balang ikan atau semasa acara-acara silam yang kami anjurkan). Maklumat anda juga mungkin boleh dikumpul secara tidak langsung (sebagai contoh, melalui direktori-direktori perdagangan/dalam talian) atau daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

(ii) Penaja, penjual, pembekal, penyewa atau penyedia perkhidmatan: AMMI mengumpul maklumat  peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila mengemukakan tender untuk projek-projek atau dalam proses transaksi komersial. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada cookies melalui penggunaan laman web kami.

1.3 Maklumat peribadi wajib

Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda bekalkan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan maklumat wajib, kami mungkin tidak akan dapat  memproses permintaan anda dan/atau membekalkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan.

(2) Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk pendedahan) maklumat  peribadi anda

(i) Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatanperkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan aktivit-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: Maklumat peribadi anda adalah dikumpul dan diproses secara lanjut oleh AMMI seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk tujuan-tujuan komersial yang berikut:

  • untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk-produk atau  perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta daripada kami dan apa-apa tujuan yang berkaitan dengannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acaraacara akan datang, promosi-promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk memperbaik produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh AMMI;
  • untuk menjalankan maklumbalas forum/ program latihan;  analisis pemasaran dalaman dan analisis corak dan pilihan pelanggan
  • untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan-perubahan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia AMMI dalam perjalanan perniagaannya; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman AMMI.

(ii) Penaja, penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya oleh AMMI seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang  dan untuk memberi kesan kepada transaksi komersial yang anda minta, termasuk yang berikut:

  • untuk mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi komersial;
  • untuk memproses sebarang bayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial;
  • untuk siasatan dalaman, audit atau tujuan-tujuan keselamatan;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia AMMI dalam perjalanan
  • perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acaraacara
  • akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk memastikan kandungan laman web kami dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan untuk pengurusan rekod dalaman AMMI.

*Dalam keadaan anda telah menunjukkan persetujuan anda untuk menerima laporan kemas kini  tentang pemasaran dan promosi daripada AMMI, anda boleh pilih keluar daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam bagas e-mel atau SMS yang dihantar oleh AMMI atau anda boleh menghubungi AMMI melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

(3) Pendedahan dan pemindahan maklumat peribadi (di dalam atau luar Malaysia)

Maklumat peribadi anda boleh didedahkan atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, berikutan hubungan kontrak yang berkaitan (sebagai contoh, kami melantik pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga) atau untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen (2) di atas (atau berkaitan dengan tujuan-tujuan tersebut secara langsung).

Dalam keadaan suatu penjualan perniagaan, pelupusan, perolehan, penggabungan atau penyusunan semula yang berpotensi, dirancang atau sebenar (“Transaksi”), maklumat peribadi anda mungkin diperlukan untuk didedahkan atau dipindah kepada suatu pihak ketiga sebagai akibat Transaksi tersebut. Anda di sini mengakui bahawa pendedahan dan pemindahan sebegitu boleh berlaku dan membenarkan AMMI untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak yang lain dan penasihat-penasihat / wakil-wakilnya.

 

Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, kontraktor, penganjur persidangan/ latihan/ acara dan penasihat lain);
  • Rakan kongsi perniagaan terpilih (penaja acara dan persidangan);
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  • Jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; dan
  • ana-mana orang yang mana kami terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi kompeten atau kerajaan.

(4) Laman web

4.1 Pautan ke laman-laman web yang lain

Pautan-pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi masing-masing, yang kami cadangkan agar anda semak semula sekiranya anda melawat mana-mana laman web dalam pautan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut.

4.2 Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi

Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang anda minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan anda mempunyai kawalan atas penyertaan anda dan boleh menutup perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.

Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami melayan anda dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin membolehkan kami mengetahui anda tanpa nama tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun.

4.3 Cookies

Suatu cookie mungkin boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Suatu cookie ialah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan komputer dan / atau peranti anda oleh komputer-komputer kami. Suatu salinan fail teks dihantar oleh komputer dan / atau peranti anda apabila anda berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenal pasti anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat berikut semasa anda melawat laman web dan / atau nama domain berkelayakan penuh yang anda berasal untuk mengakses laman web kami, atau secara alternatif, alamat IP anda:

  • tarikh dan masa anda mengakses setiap laman dalam laman web kami
  • URL bagi sebarang laman web yang anda berasal untuk mengakses laman web kami (perujuk tersebut); dan
  • pelayar web yang anda guna dan laman-laman web yang telah anda akses.

Sesetengah laman-laman web mungkin memerlukan anda untuk membekalkan sebilangan maklumat peribadi yang terhad untuk menikmati sesetengah perkhidmatan atas laman web kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan, dsb). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang diingini sahaja, seperti untuk membalas mesej anda atau membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta.

(5) Hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi anda yang kami pegang (tertakluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan sedaya upaya untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini dan justeru itu kami meminta agar anda terus memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat anda. Jika anda ingin meminda maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi AMMI melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah.

(6) Pengehadan pemprosesan maklumat peribadi, pertanyaan lanjut dan aduan

Sekiranya:

(i) anda ingin memperoleh maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda;

(ii) anda mempunyai pertanyaan lanjut; atau

(iii) anda ingin membuat suatu aduan berkenaan dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi:-

Association of Malaysian Medical Industries (AMMI)

c/o Medsociate Sdn. Bhd

Level 32 Menara Prestige

No. 1 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel   : +6010 4040 662

Fax   : +603 2178 4347

Emel  : secretariat@ammi.com.my

Lamn web : www.ammi.com.my

Contact person : Mr. Ching Choon Siong

Hotline: +6012-4766 558

 (7) Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.