Category Archives: News & Publications

MIDA Lulus Pelaburan RM464.6 Juta Dalam Industri Peranti Perubatan Pada Suku Pertama 2015


As featured on Berita RTM, 15 July 2015

Kuala Lumpur  – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 11 projek bernilai RM464.6 juta dalam industri peranti perubatan, yang akan mewujudkan 1,633 pekerjaan, pada suku pertama 2015.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azman Mahmud berkata 82 peratus daripada projek itu membabitkan pelaburan domestik dan selebihnya pelaburan asing.

Sepuluh lagi projek dalam perancangan dan bernilai RM600 juta, meliputi pelaburan domestik dan asing, katanya pada sidang media selepas pelancaran laporan unjuran industri peranti perubatan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) 2015.

Beliau berkata AMMI memain peranan penting dalam pembangunan industri peranti perubatan, yang meletakkan Malaysia sebagai hab pengeluaran peranti perubatan serantau.

Azman berkata keupayaan itu disokong oleh ekosistem kukuh peranti perubatan dan badan penilaian pematuhan global yang sudah pun beroperasi di negara ini.

Industri ini menjanjikan peluang besar memandangkan ia memain peranan penting dalam mengukuhkan landskap penjagaan kesihatan dan kebolehpercayaannya diperakui di seluruh dunia, dengan eksport meningkat 13 peratus kepada RM13.5 bilion pada 2014, katanya.

Beliau berkata pertumbuhan pesat itu juga direkodkan dalam empat bulan pertama tahun ini, dengan eksport bernilai RM4.8 bilion berbanding RM4.2 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Setakat ini, Malaysia mempunyai lebih 190 pengeluar peranti perubatan dengan pelaburan bernilai RM13.2 bilion dan 57,872 pekerja, katanya.

– Berita RTM  ( http://berita.rtm.gov.my/~berita/berita/index.php/ekonomi/18865-mida-lulus-pelaburan-rm464-6-juta-dalam-industri-peranti-perubatan-pada-suku-pertama-2015)

MIDA Lulus Pelaburan RM464.6 Juta Dalam Industri Peranti Perubatan Pada Suku Pertama 2015


As seen in Bernama News, 15 July 2015


KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 11 projek bernilai RM464.6 juta dalam industri peranti perubatan, yang akan mewujudkan 1,633 pekerjaan, pada suku pertama 2015.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azman Mahmud berkata 82 peratus daripada projek itu membabitkan pelaburan domestik dan selebihnya pelaburan asing.

Sepuluh lagi projek dalam perancangan dan bernilai RM600 juta, meliputi pelaburan domestik dan asing, katanya pada sidang media selepas pelancaran laporan unjuran industri peranti perubatan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata AMMI memain peranan penting dalam pembangunan industri peranti perubatan, yang meletakkan Malaysia sebagai hab pengeluaran peranti perubatan serantau.

Azman berkata keupayaan itu disokong oleh ekosistem kukuh peranti perubatan dan badan penilaian pematuhan global yang sudah pun beroperasi di negara ini.

Industri ini menjanjikan peluang besar memandangkan ia memain peranan penting dalam mengukuhkan landskap penjagaan kesihatan dan kebolehpercayaannya diperakui di seluruh dunia, dengan eksport meningkat 13 peratus kepada RM13.5 bilion pada 2014, katanya.

Beliau berkata pertumbuhan pesat itu juga direkodkan dalam empat bulan pertama tahun ini, dengan eksport bernilai RM4.8 bilion berbanding RM4.2 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Setakat ini, Malaysia mempunyai lebih 190 pengeluar peranti perubatan dengan pelaburan bernilai RM13.2 bilion dan 57,872 pekerja, katanya.

Azman berkata kehadiran syarikat multinasional seperti Ansell, Ambu B.Braun, Haemonetics dan St Jude Medical, telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan industri itu dalam negara.

Syarikat tempatan yang menceburi industri itu termasuk ABio Orthopedics, Straits Orthopedics, UWC Healthcare, Top Glove dan banyak lagi, katanya.

“Industri ini berorientasikan eksport, mempunyai nilai tambah yang tinggi, banyak limpahan kepada industri tempatan, sudah pasti kami menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam industri dengan menawarkan pakej-pakej insentif yang baik,” kata Azman.

— BERNAMA, 15 July 2015

Mida approves RM464.6m investments in medical device industry


As seen in The Star, Business News, 15 July 2015

KUALA LUMPUR: Malaysian Investment Development Authority (MIDA) approved 11 projects worth RM464.6 million in the medical device industry that would create 1,633 jobs in the first quarter of 2015.


Chief Executive Officer Datuk Azman Mahmud said 82% of the projects were domestic investments while the rest were foreign investments.

Another 10 projects in the pipeline worth RM600 million comprise foreign and domestic investments, he told a news conference after the launch of the Association of Malaysian Medical Industries (AMMI) medical device industry outlook report 2015 here on Tuesday.

He said AMMI played a prominent role in the development of the country’s medical device industry, which positioning Malaysia as a manufacturing hub for medical devices regionally.


Azman said the capability was supported by solid ecosystem of strong medical device supporting industries and global conformity assessment bodies that were already present in the country.

The industry holds great promise as it plays a critical role in strengthening the country’s healthcare landscape and its reliability are recognised worldwide, with the total export soared 13% to RM13.5 billion in 2014, he added.

He said robust growth was also recorded for the first four months of this year with export worth RM4.8 billion compared with RM4.2 billion in the corresponding period a year ago.

To date, Malaysia has more than 190 medical device manufacturers with investments valued at RM13.2 billion and 57,872 people employed, he said.

Azman said the presence of multinational companies such as Ansell, Ambu B.Braun, Haemonetics and St Jude Medical had greatly contributed to the development of the industry in the country.

Local companies making forays into the industry, include ABio Orthopedics, Straits Orthopedics, UWC Healthcare, Top Glove and many more, he added.

“This industry is export oriented, have high value added, a lot of spillover to local industries. Certainly we are encouraging more investments in the industry by offering good incentive packages,” he said.- Bernama



As seen in The Star , Business News – 15 July 2015