Eksport peralatan perubatan dijangka cecah RM17 bilion

Berita Harian Online – 22 Julai 2016

oleh Suffian Abu Bakar


KUALA LUMPUR: Eksport Industri peralatan perubatan temp


atan diunjur berkembang 15 peratus kepada RM17.8 bilion tahun ini, kata Pengerusi Industri Perubatan Malaysia (AMMI), Hitendra Joshi. Tahun lalu jumlah eksport industri perubatan tempatan bernilai RM15.53 bilion. Beliau berkata, eksport ahli AMMi tahun lalu dalam segmen itu bernilai RM8.36 bilion, mewakili peningkatan 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Ini mewakili lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport peralatan perubatan Malaysia pada 2015,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan Laporan Tinjauan Peralatan Perubatan AMMI 2016 di Kuala Lumpur sebentar tadi. Hitendra berkata, pelaburan terkumpul ahli AMMI tahun lalu bernilai RM5.09 bilion berbanding pelaburan terkumpul RM4.27 bilion setakat 2014.

Berita Harian Online 22 July 2016

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175872

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>