Eksport peralatan perubatan diunjur meningkat 12 peratus

Utusan Malaysia, 2 Ogos 2017

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) menyasarkan eksport peralatan perubatan negara meningkat 12 peratus kepada RM17.74 bilion berbanding RM15.84 bilion pada tahun lalu.



Pengerusinya, J. Hitendra berkata, unjuran tersebut bersandarkan trend positif eksport sejak tahun 2012 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.5 peratus.

Menurut beliau, rantau Asia Pa­sifik merupakan eksport terbesar negara mewakili 51.5 peratus daripada jumlah keseluruhan diikuti Amerika Utara (27.1 peratus) dan Eropah (19.4 peratus).
“Lebih membanggakan apabila 63 peratus atau RM2.84 bilion bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk perubatan datangnya daripada sumber tempatan. Secara tidak langsung perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menerima manfaat besar daripada perkembangan industri perubatan negara.
“Selain eksport, jumlah pela­bu­ran peralatan perubatan di Malaysia turut meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan 17.1 peratus sejak 2012. Ekosistem industri perubatan yang stabil dan kejayaan syarikat-syarikat perubatan terdahulu menjadi faktor utama syarikat asing datang melabur,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Laporan Unjuran Tahunan 2017 Industri Peralatan Perubatan AMMI di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud membe­ritahu, antara Januari hingga Jun lalu sebanyak 16 projek dalam bidang peralatan perubatan telah diluluskan dengan nilai RM1.95 bilion.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/eksport-peralatan-perubatan-diunjur-meningkat-12-peratus-1.510487
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>