Malaysia hab peranti perubatan ASEAN


As featured in Utusan Online, 15 July 2015

KUALA LUMPUR 14 Julai – Malaysia yang kini berada pada kedudukan kukuh dan stabil, bersedia menjadi hab pembuatan peranti perubatan di rantau ASEAN.




Dari kiri; Pengarah Bahagian Sains dan Teknologi Perubatan MIDA, Ahmad Tajudin Omar; Azman Mahmud; Pengerusi Persatuan Industri Perubatan Malaysia, Hitendra Joshi dan Naib pengerusinya, John Ward dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Laporan Industri Peranti Perubatan 2015 persatuan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata, kemampuan menjadi hab pembuatan peranti perubatan disokong oleh ekosistem yang memberangsangkan bagi industri peranti perubatan badan-badan penilaian pematuhan global yang ada di negara ini.


Menurut beliau, sehingga kini Malaysia telah menjadi hos kepada lebih 190 pengeluar peranti perubatan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM13.2 bilion dan menyediakan 57,872 peluang pekerjaan.


“Industri peranti perubatan merupakan bidang yang menjanjikan peluang besar dalam memperkasakan landskap penjagaan kesihatan negara, malah keupayaan peranti perubatan Malaysia antara yang diiktiraf di dunia sekali gus membuktikan negara mampu menjadi hab di rantau ASEAN.


“Jumlah eksport peranti perubatan negara menunjukkan peningkatan sebanyak 13 peratus daripada RM11.9 bilion kepada RM13.5 bilion pada tahun lalu malah dalam empat bulan pertama tahun ini, perkembangan yang memberangsangkan turut dicatatkan dengan jumlah eksport berjumlah RM4.8 bilion,” katanya dalam majlis pelancaran Laporan Industri Peranti Perubatan Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) 2015 di sini hari ini.

As featured in Utusuan Online (Article by  NABIL BASARUDDIN  |  15 July 2015

See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/malaysia-hab-peranti-perubatan-asean-1.114202#sthash.dOPDxjN6.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>